Lee Kuan Yew meninggal dunia

SEREMBAN 13 Nov (Bernama)--Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum badannya digilis dengan sebuah lori dalam satu kejadian di jalan besar di Taman Bukit Galena,disini Isnin malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu,mangsa Lee Kuan Yew,48,maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah dibahagian kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dalam perjalanan dari Taman Bukit Galena menuju kerumahnya di Taman Mutiara Galla.

Katanya ketika tiba di satu selekoh mangsa dipercayai melanggar satu lubang dijalan berkenaan menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh diatas jalan.

"Sebuah lori yang mengikut di belakang mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa yang terbaring diatas jalan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian badan dan maut ditempat kejadian," katanya disini hari ini -Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: