Presiden PAS vs Presiden UMNO di Pekan dalam PRU13?

RUSILA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan, yang disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 "Saya ikut keputusan parti, serah kepada parti. Parti akan membuat keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen Pekan," katanya pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu di sini, hari ini.

 Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah beliau akan kekal sebagai calon Parlimen Marang atau mempunyai perancangan untuk bertanding di luar Terengganu pada PRU13.

 Bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu berkata, keputusan bertanding pada PRU13 bergantung sepenuhnya kepada keputusan parti, sama ada menetapkan beliau untuk kekal di Parlimen Marang atau bertanding di luar termasuk di Parlimen Pekan.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: