Syahrini cipta lagu kerana Bubu?

Setelah hubungan percintaannya bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Bubu terkandas di tengah jalan, penyanyi Syahrini semakin bergerak aktif dalam nyanyiannya.

 Walaupun keseorangan, namun Syahrini bersemangat mengharungi cabaran dalam kariernya.

“Bohonglah jika saya tidak sedih dengan perpisahan ini, namun saya tidak mahu perkara itu menguasai diri saya sehingga semuanya terabai.

 “Baru-baru ini, saya sudah mula berjinak-jinak mencipta lagu sendiri. Walaupun tidak memiliki bakat, tetapi saya masih mencuba kerana mahu isi masa yang terluang,” katanya.

 Tambahnya, kesemua lagu yang dicipta akan dimuatkan dalam album keempatnya yang dijadual siap pada 2013.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: