SYATILLA MELVIN KEKASIH BARU SHAHEIZY SAM



Bagi individu yang mengikuti drama ‘Julia’ di Slot Akasia TV3, anda pasti kenal dengan Syatilla Melvin iaitu pelakon wanita yang memegang watak sebagai Katerina.

 Sejak muncul dalam drama tersebut, bakat dan nama Syatilla mula mendapat perhatian peminat industri hiburan sehingga timbul gosip yang mendakwa gadis ini bercinta dengan pelakon terkenal, Shaheizy Sam.

 “Tilla memang rapat dengan Sam, tapi kami kawan biasa je. Kami mula kenal masa hadiri acara-acara yang dianjurkan oleh pihak media.

 Masa itu Tilla terlibat dalam pertandingan ‘Dewi Remaja’ lagi,” komen Syatilla mengenai hubungannya dengan Sam.

 Mengulas lebih lanjut mengenai gosip antara Syatilla dan Sam, timbul juga dakwaan mengatakan Sam telah menghadiri majlis perkahwinan kakak Syatilla, iaitu Syafiqah Amirul Melvin yang juga juara untuk program ‘Gadis Melayu’ musim kedua pada bulan Julai lalu di Parit Buntar, Perak.

 “Ya, memang Sam ada datang. Kebetulan masa tu dia ada penggambaran dekat Pulau Pinang. Lagipun jarak dari Pulau Pinang ke Parit Buntar pun tak jauh dan dia singgah la kejap.”

 “Tilla memang selesa berkawan dengan dia sebab kami ‘sekepala’ dan dua-dua perangai gila-gila. Kami memang pernah keluar bersama, tapi bukan berdua. Selalunya kami akan keluar dengan kawan-kawan yang lain,” akui Syatilla Melvin, gadis berusia 21 tahun ini.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

4 comments: