Final (1) Piala AFF Suzuki 2012:Singapura benam Thailand 3 - 1 di Stadium Jalan Besar

Singapura berpeluang menjadi juara bolasepak Piala AFF Suzuki 2012 kali ini setelah berjaya membenam Thailand 3 - 1 dalam perlawanan pusingan pertama final Piala AFF Suzuki 2012 yang berlangsung di Stadium Jalan Besar Singapura sebentar tadi.

 Gol pertama pasukan Singapura telah dijaringkan oleh Mustafic Fahrudin melalui sepakan penalti pada minit ke-9 separuh masa pertama setelah beliau dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain Thailand.

 Setelah bersambung untuk separuh masa kedua,pasukan Thailand cuba mengasak Singapura untuk mencari gol penyamaan dan pada minit ke-58 Adul Lahso berjaya menyamakan kedudukan.

 Permainan menjadi semakin rancak,pada minit ke-61 Khairul Amri berjaya menjadikan Singapura mendahului 2-1.

 Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari gol tetapi Singapura lebih bernasib baik kerana berjaya menjaringkan gol ke-3 mereka hasil kelam kabut didepan pintu gol Thailand setelah sepakan sudut diambil oleh pemain Singapura dan Baihakki berjaya menyepak masuk ke gawang Thailand pada minit ke-90 menjadikan kedudukan 3-1.

 Kedudukan tersebut kekal hingga ke wisel penamat.

 Dengan kemenangan itu Singapura berpeluang cerah menjuarai Piala AFF Suzuki 2012 sekiranya berjaya menyekat Thailand dari menang sekurangnya 2 - 0 ketika bertandang ke Stadium Supachalasai Bangkok nanti.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: