GAMBAR: Majlis Resepsi Perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil

Seramai 600 tetamu yang terdiri daripada kalangan orang kenamaan, para media, selebriti, rakan-rakan dan keluarga di kedua-dua belah pihak keluarga hadir ke majlis resepsi perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil yang bertemakan 'Barbeque Wedding'.
Diana tampil anggun dengan gaun berona putih rekaan MimpiKita pada majlis resepsi perkahwinannya yang diadakan di Taman Ekuestarian Putrajaya, dekat sini, pada malam Sabtu.
Pasangan itu tiba di perkarangan Taman Ekuestarian pukul 9 malam dengan menaiki pedati kuda diiringi pegawai khas unit berkuda PDRM (Polis DiRaja Malaysia).
Pasangan yang telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun itu diijabkabulkan pada 3 November lalu di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala Lumpur.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

22 comments: