GEMPAR: "Anak" Datuk Dr Haron Din ditahan polis

Shah Alam: Polis menahan seorang lelaki berhubung kes menyamar anak pengamal perubatan Islam, Datuk Dr Haron Din, semalam.

 Suspek berusia 28 tahun itu dipercayai mendakwa mewarisi ilmu perubatan Islam bagi memperdaya golongan kaya sejak setahun lalu.

 Lelaki itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan jam 9.30 malam di Seksyen 13, di sini, selepas mangsa berpakat dengan polis termasuk wartawan memerangkapnya di rumah berkenaan.

 Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sabit kesalahan boleh dihukum maksimum 10 tahun penjara dan sebatan serta boleh didenda.

 Suspek juga mempunyai rekod waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya daripada Mahkamah Majistret Klang kerana gagal hadir perbicaraan kes penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000.

 Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, ketika dihubungi berkata, suspek kini direman sehingga perbicaraan kes penipuan di Mahkamah Majistret Klang selesai.

 Suspek terperangkap apabila mangsa yang juga pengusaha pusat kecantikan dan produk kecantikan yang hanya mahu dikenali sebagai Tina, 46, menunggu kedatangannya yang mahu menjual batu petir azimat kononnya untuk melindungi rumah mangsa daripada sihir.

 Suspek mengarahkan Tina menyediakan wang tunai berjumlah RM4,400 dengan alasan RM400 akan disalurkan kepada Haron sebagai upah manakala baki RM4,000 pula akan didermakan kepada anak yatim.

 Mengesyaki ada suatu yang tidak kena dengan urusan itu, mangsa berpakat dengan tiga lagi individu yang pernah menjadi mangsa bagi meminta suspek datang ke rumah.

 Suspek mendakwa dia anak Haron Din dan pengamal perubatan Islam itu hanya akan merawat mereka jika kami membeli batu petir berkenaan, katanya.[BH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

2 comments: