Izyan Juara MasterChef Malaysia Musim Kedua

Akhirnya program Masterchef Malaysia Musim Kedua terbitan Astro telah melabuhkan tirainya.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta MasterChef Malaysia Musim Kedua iaitu Izyan kerana telah muncul sebagai juara.

Beliau berjaya menggondol hadiah wang tunai RM100 000 dan barangan elektrik Panasonic bernilai hampir RM10 000.

Seramai tiga orang finalis telah berentap di pusingan akhir antaranya adalah Izyan, Ah Hong dan Along. Izyan Hani atau lebih dikenali sebagai Izyan merupakan seorang graduan dalam bidang sains dari Universiti di Kanada.

 Beliau seorang yang ceria suka berkayak, menulis lagu dan juga pernah bekerja di pelantar minyak.

 Antara masakan kegemarannya adalah mac and cheese with chicken.

 Sekali lagi diucapkan jutaan tahniah buat Izyan dan semoga terus maju dalam bidang masakan serta menjadi seorang Chef yang hebat di masa akan datang.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: