KOLEKSI RESIPI: Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-Bahan 

Satu ekor ikan patin
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
15 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
sedikit asam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas)

Cara-cara 

1. ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam.

2. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

3. Cadangan Hidangan: sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan.

4. Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit. ( cara mudah kunyit hidup, cili padi, bawang kecil dan tempoyak tu, blender dengan secawan air, tapi pastikan lada tidak terlalu halus dikisar).

Selamat Mencuba

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

3 comments: