Lim Guan Eng gesa dibenarkan penganut Kristian guna perkataan Allah

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia.

 Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, “sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.

 “Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun.” katanya seperti yang dipetik laman web Malaysiakini. 

 Akhbar mingguan Katolik, The Herald, pada tahun 2009 berdepan dengan masalah dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

 Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’ adalah salah di sisi undang-undang.

 Penghakiman tersebut – yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya – kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan ‘Allah’ adalah eksklusif kepada umat Islam.

 Sementara itu, Lim berkata, jika BN sebuan gabungan berprinsip, mesra rakyat, maka ia tidak harus mempolitikkan agama Kristian untuk meraih sokongan pengundi Melayu.
Baik, kami serahkan mesej Guan Eng ini untuk anda nilaikan.
 Yang pastinya, takrif Allah ialah sebagaimana yang ada dalam Surah al-Ikhlas, Ia Tunggal, Tempat Tuju Terakhir sekalian makhluk, Kekal Abadi, Sempurna, tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, serta tidak ada yang seperti-Nya seperti dalam agama lain.
 Justeru itu, tidakkah membenarkan pihak agama lain menggunakan nama Allah seperti membenarkan pihak lain menghina Allah?
 Sebagai Mukmin, kita wajib menjaga kesucian nama Allah daripada disamakan dengan ‘Tuhan Jesus’ atau ‘Bapa Di Langit. 
Membenarkan agama lain turut guna nama Allah menyebabkan mukmin lain akan keliru. Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia wajib diterima, penggunaan Allah selain Islam perlu dilarang.
 Apatah lagi jika penggunaan nama Allah oleh pihak lain mengandungi niat yang tidak wajar.
 Kami tinggalkan anda dengan klip kenyataan ulama tersohor kita, Datuk Dr. Haron Din.
 Wallahualam…
 
 by MyNewsHub
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: