Liyana Jasmay Hiasi Muka Depan Majalah Lisa Edisi Tahun Baru, 2013

Bagi edisi pembukaan tahun baru 2013, majalah Lisa telah menampilkan pelakon cantik, Liyana Jasmay sebagai penghias muka depan majalah mereka.

 Menerusi foto yang dipaparkan, Liyana Jasmay kelihatan sungguh jelita dengan solekan yang sederhana dan penampilannya kelihatan lebih menarik dengan adanya sapuan gincu bibir rona fuschia pink.

 Meskipun penampilan Liyana kelihatan sedikit ringkas dengan hanya menggayakan baju kemeja rona hijau, ia tetap mampu menonjolkan aura pesona buat gadis manis ini.

 Pelbagai isu menarik yang akan dikupas menerusi edisi tahun baru kali ini, di mana anda boleh ketahui tip bagaimana untuk miliki kulit yang mulus dan berseri, kenali stail dan fesyen menarik sambil berjimat, ketahui 26 ilham dan gaya persis artis masa kini, dan yang paling menarik adalah ketahui cerita disebalik tabir kehidupan tahun baru Liyana Jasmay untuk bergelar sebagai produser, pelakon, penyanyi serta isteri kepada Fathudin Mazlan.

 Untuk ketahui lebih lanjut mengenai isu-isu menarik majalah Lisa, jangan ketinggalan untuk dapatkannya di pasaran sekarang!

  Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: