Palestin negara terbaru di iktiraf oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu

Perhimpunan Agung PBB telah mengundi untuk mengiktiraf Palestin sebagai negeri ke-194 di dunia.

Dengan lebih 130 negara mengundi memihak kepada Palestin – termasuk kebanyakan negara Eropah – menandakan satu langkah terbaik ke arah keamanan dan keadilan di Timur Tengah.

 Semenjak minggu lepas pihak Israel dan AS melobi dengan keras untuk menafikan Palestin daripada mendapat sokongan negara-negara Eropah .

 Tetapi dalam menghadapi tekanan awam utama dan berkempen kuat oleh masyarakat Avaaz, negara-negara seperti Perancis, Sepanyol, Belgium dan Sweden memutuskan untuk mengundi YA kepada kenegaraan Palestin. Hanya sembilan negara mengundi TIDAK .

 Secara keseluruhannya, 138 negara mengundi menyokong kenegaraan Palestin, termasuk negara-negara Kesatuan Eropah.

Beberapa negara yang telah dijangka akan mengundi,tetapi tidak mengundi seperti Jerman dan Australia.

 Dalam keadaan yang luar biasa, seorang pegawai Israel berkata kepada Haaretz sebelum proses pengundian, “Kami telah kehilangan sokongan negara Eropah.”

Syabas dan tahniah kepada negara Palestin.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: