Persembahan Jozan Kurang Menyengat Dalam Maharaja Lawak Mega Kini Hanya Strategi - Zizan

Persembahan lawak kumpulan Jozan yang kurang menyengat sejak kebelakangan ini dalam pertandingan Maharaja Lawak (MLM) adalah strategi semata-mata agar mereka tidak kering idea pada penghujung program nanti.

 Salah seorang ahlinya, Zizan Razak berkata, berdasarkan pengalaman yang dilalui, idea membuat lawak semakin kurang memberi impak apabila mereka berada di peringkat akhir dalam sesebuah pertandingan dan ia sekaligus membuatkan penonton tidak berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan.

 "Diakui, persembahan lawak kami agak kurang menyengat dalam MLM sejak kebelakangan ini, namun semua itu adalah strategi.

 "Berdasarkan kajian yang kami buat, apabila terlalu banyak idea yang dikeluarkan pada awal pertandingan, kami terus kering idea untuk membuat lawak pada penghujung pertandingan.

 "Jadi, kami belajar daripada kesilapan dengan mencuba strategi baru pula," katanya.

 Tambah Zizan, walaupun tidak memberikan persembahan 100 peratus, dia bersama seorang lagi ahlinya iaitu Johan tetap akan memastikan agar penonton terutama peminat-peminat mereka tidak bosan dengan persembahan yang diberikan.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: