34 tebusan,15 penculik terbunuh dalam serangan tentera Algeria,nasib 2 warga Malaysia belum diketahui.

ALGIERS - Tentera Algeria mengepung militan yang menjadikan rakyat asing termasuk dua warganegara Malaysia sebagai tebusan di kompleks gas negara itu sehari selepas mereka ditahan.

 Tindakan itu menyebabkan 34 tebusan dan 15 penculik terbunuh.

 Menteri Dalam Negeri Algeria, Dahou Ould Kablia berkata, Algiers tidak akan berunding dengan militan terbabit.

 Kumpulan militan yang dikaitakan ada kaitan dengan rangkaian al-Qaeda mengaku bertanggunghawab menahan 41 warga asing di lapangan gas Amenas, timur Algeria, berdekatan sempadan Libya.

 Antara yang ditahan termasuk rakyat Perancis, Britain, Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

 Selain rakyat Malaysia, turut dijadikan tebusan ialah rakyat Filipina.

 Penduduk tempatan yang tidak mahu namanya dikenali berkata, dia nampak sejumlah mayat di lokasi mereka dijadikan tebusan.

 Dia bagaimanapun tidak memberi jumlah yang terbunuh, sama ada mangsa itu ialah tebusan atau penculik ataupun kedua-duanya sekali.

 Agensi berita ANI, yang ada perhubungan dengan penculik dan kumpulan militan melaporkan 34 orang yang dijadikan tebusan dan 15 penculik terbunuh dalam serangan tentera Algeria.

 Stesen Al-Jazerra juga ada membawa laporan yang sama.

 ANI juga melaporkan bahawa militan akan membunuh baki tebusan jika tentera mendekat kawasan kompleks gas itu.[SH]
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: