9 tahanan larikan diri guna kenderaan polis

Dikehendaki polis

BUTTERWORTH - Seramai sembilan tahanan polis melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi, dengan menggunakan van polis.

 Difahamkan dua anggota polis pengiring turut "dilarikan" manakala dua anggota polis lagi ditinggalkan di lokasi selepas dipukul.

 Kejadian berlaku di susur keluar Jalan Pantai Bersih semasa kesemua tahanan terbabit yang dalam tahanan reman dibawa dari Penjara Pulau Pinang untuk prosiding mahkamah.

 Gerakan memburu tahanan terbabit dilancarkan di beberapa lokasi sekitar daerah ini.

 WANTED!!!! ..... Menurut PDRM mereka2 ini sgt berbahaya kerana disabitkan kesalahan jenayah seperti MEMBUNUH, SAMUN & MENDATANGKAN KECEDERAAN... Hati2 semua...

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: