Angkatan Tentera Malaysia naikkan pangkat, bayar insentif khas

PASIR MAS - Penambahbaikan perkhidmatan khususnya bagi kenaikan pangkat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui kaedah "time-based" sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2013 sedang dilaksanakan dan mendapat sambutan baik warga tentera.

 Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, ia satu lonjakan besar di mana anggota yang telah berkhidmat lima tahun ke atas tetapi masih berpangkat prebet akan dinaikkan ke lans koperal.

 Bagi anggota berpangkat lans koperal yang berkhidmat 10 tahun ke atas, mereka akan dinaikkan ke pangkat koperal.

 "Bukan kerana mereka tidak layak, mereka layak tetapi disebabkan kekangan perjawatan untuk mereka dan kenaikan pangkat tersebut setelah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti menjalani kursus dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan pos Ops Wawasan sempadan Kelantan-Thailand di Rantau Panjang di sini semalam.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013 pada September lalu mengumumkan kerajaan bersetuju meningkatkan peluang kenaikan pangkat anggota ATM melalui kaedah "time-based".

 Zulkifeli juga berkata, mulai kelmarin pegawai dan anggota tentera menerima bayaran insentif khas RM200 sebulan sebagaimana yang diumumkan dalam bajet tersebut.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: