INFO HERBA: Khasiat dan kelebihan buah zuriat

Buah Zuriat juga dikenali sebagai Buah Hawa atau Buah Adam merupakan buah yang sangat popular di kalangan jemaah haji dan umrah.

Di negara Arab, buah ini dikenali sebagai Doum. Di negri arab, buah ini dijual sebagai sediaan herba untuk mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita.

Ianya dibelah dua kemudian direbus dan diminum air rebusan tersebut setiap hari.

Ada petua yang hanya merebus kulit dan ada juga yang merebus biji dan ada yang merebus kulit dan biji sekaligus.

Sudah ramai yang berjaya hamil dengan meminum air rebusan Buah Zuriat.

 Khasiatnya: -

-Untuk darah tinggi mahu pun darah rendah
-Membetulkan hormon dalam badan kita
-Menghilangkan lenguh2 di seluruh badan
-Menambahkan tenaga
-Melancarkan kedatangan haid
-Menyebabkan kehamilan (semua dgn izin Allah S.W.T)

 Cara menyediakan: 

 1) 2 biji di ambil sabutnya dan bijinya sekali, setelah itu rebus sabut dan biji buah itu dalam 5 cawan air sahaja selama 15mint.
 2) Selepas itu biarkan selama 6 jam dan blend sabut buah zuriat sahaja sama airnya tadi. Hanya sabutnya saja kita blend, selepas blend tapis dan minum.
 3) Esoknya ikut cara yang sama untuk dapat air buah zuriat yang fresh lagi berkhasiat, buah zuriat tak boleh direbus berulang kali.....khasiat buah zuriat akan hilang bila rebus banyak kali sbb itu kena buat setiap hari 2 biji minum setiap hari selama 3minggu dalam setiap bulan.

 kami di arab sana memang guna cara ini untuk mendapat khasiat buah itu.

 Note: Jangan minum masa haid ye..
Doa Nabi Zakaria

 APA ITU BUAH ZURIAT ??? 

Aku pon baru tahu....

 Jom tgk ape itu buah zuriat dan khasiat nyer....

 Sebenarnya buah zuriat ini dikenali sebagai buah adam/ buah zuriattin/buah koka. Semuanya sama. ia adalah buah asal dari pokok koka.

 Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu.

Bila sekali pandang, buah zuriat ini seperti buah pinang pula. Warnanya coklat pekat, bersabut, ada isirung dan isi putih. Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat.

Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.

 Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma.

 Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang.

Dalamnya macam sabut kelapa.
Di mana nak dapatkan buah zuriat? 

 Nak beli buah zuriat di mana? Ia hanya boleh didapati di Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan gua Hirak. Di situ saja yang ada buah nie.

Kalau nak, kenalah minta tolong kepada sesiapa yang hendak mengerjakan haji atau umrah untuk belikan.

 Kaedah dan Cara Makan Buah Zuriat 

 Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan buah hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus.

Selepas direbus, buah zuriat ini kemudiannya dibelah menjadi dua, buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya.

Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Anda di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung.

Diminum oleh suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat yang baru.

 Tips-tips 

 1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: “RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”.
 Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.

 2. Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya.

 Kite hanya mampu berusaha, Allah yang menentukannya :)) InsyaAllah ... Amin

  Credit     Lihat artikel berkaitan sebelum ini

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: