Kisah pesakit kanser: Bayar RM2,800 beli peti suara tiruan baru ,6 bulan dah rosak

Marzita berbual dengan Natrah yang terpaksa menutup lubang di lehernya menggunakan ibu jari untuk mengeluarkan suara. 

 KANGAR - Seorang suri rumah terpaksa membeli peti suara baru berharga antara RM2,800 hingga RM3,000 yang dikenali sebagai Provox Vega 22.5 Fr 8mm selepas disahkan menghidap kanser laring.

 Natrah Shafie, 55, berkata, organ suaranya dibuang disebabkan penyakit yang dihidapinya dan terpaksa menggunakan peti suara tiruan dibekalkan syarikat swasta.

 Penyakitnya itu disahkan pakar di Jabatan Otorinolaringologi Hospital Tuanku Fauziah dan terpaksa menjalani pembedahan membuang peti suara dengan pembiayaan kerajaan kira-kira RM60,000.

 Dia yang berasal dari Kampong Wang Ulu, Bintong, berkata, kali terakhir dia menggunakan alat tiruan itu ialah pada pertengahan tahun lalu.

 “Tidak sampai enam bulan, peti suara yang digunakan pada Jun lalu sudah tidak berfungsi. Sejak itu, saya tidak lagi menggunakan peti suara tiruan itu kerana tidak mampu menyediakan RM2,800 untuk set baru,” katanya.

 Menurutnya, dia menghadapi masalah bercakap kecuali menggunakan ibu jari untuk menutup lubang yang ditebuk pada bahagian lehernya.

 “Saya terpaksa gunakan ibu jari bagi menutup lubang di leher untuk mengeluarkan suara apabila mahu bercakap kerana peti suara tiruan rosak,” katanya.

 Natrah berkata, dia akan merasa sakit sewaktu bercakap tanpa menggunakan peti suara tiruan.

 “Lebih 30 kali saya menjalani rawatan radioterapi di sebuah hospital di Pulau Pinang dan hanya mampu mengambil makanan lembut seperti susu.

 “Saya diberi bantuan bulanan RM120 dan terpaksa membeli susu khas berharga RM53 satu tin bagi mendapat tenaga,” katanya.

 Penderitaan Natrah mendapat perhatian Persatuan Penyayang Parlimen Kangar (Penyayang Kangar) yang menziarahinya. Pengerusi Penyayang Kangar, Marzita Mansor berkata, pihaknya berusaha mendapatkan bantuan yang diperlukan.[SH]

*Produk kesihatan yang boleh membantu pesakit kronk seperti kanser KLIK SINI

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

2 comments: