Kumpulan JOZAN Juara Maharaja Lawak Mega 2012


Seperti dijangkakan bahawa Kumpulan JOZAN telah menjuarai Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 yang telah diadakan di Stadium Tertutup Johor Baharu,Johor ,Jumaat malam.

Mereka telah berjaya mengalahkan 4 lagi kumpulan yang berjaya masuk ke final iaitu kumpulan JAMBU di tempat ke-2,SHIRO tempat ke-3,BOBOI ke-4 dan SAYWHO ke-5.

Dengan kemenangan ini JOZAN telah berjaya menggondol hadiah wang tunai RM500 ribu beserta trofi sumbangan ASTRO.

Kumpulan ini mendahului kedudukan teratas carta kumpulan terbaik sejak dari minggu pertama lagi rancangan MLM 2012 diadakan.

Dengan kemenangan ini kumpulan JOZAN telah berjaya menebus kekalahan mereka dalam MLM 2011 dimana mereka ketika itu menjadi naib juara sahaja biarpun mendahului kedudukan carta teratas setiap minggu.

Kumpulan OSBON telah menjadi juara ketika itu.

Kumpulan JAMBU membawa pulang RM250 ribu berserta trofi sebagai naib juara,SHIRO RM150 ribu di tempat ketiga,BOBOI RM50 ribu ditempat keempat dan SAYWHO membawa pulang RM15 ribu untuk tempat kelima.

Dari pemerhatian kami disepanjang rancangan MLM2012 ini kumpulan JAMBU lebih menyerlah tetapi populariti kumpulan JOZAN telah menenggelamkan kehebatan JAMBU untuk muncul sebagai juara.

Tahniah untuk semua pemenang.

p/s:;Besar juga hadiah untuk MLM ni kan..harap2 rancangan pertandingan berunsur agama juga boleh menyediakan hadiah besar seperti ini........boleh ke?


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: