Lady Gaga ratu Twitter?

PENYANYI Lady Gaga mendominasi akaun Twitter setakat ini dengan jumlah pengikut paling ramai berbanding penyanyi Justin Bieber.

 Sehingga petang semalam, jumlah pengikut Lady Gaga telah mencecah 33,198,000 orang, kira-kira 46,000 lebih ramai berbanding Bieber yang mengikut rapat di belakangnya - 33,152,000 orang.

 Sebaliknya, menurut Twitter Counter, Bieber masih lagi mendapat jumlah pengikut lebih cepat dan mungkin menewaskan semula Gaga esok pada jam lebih kurang 4.23 petang hingga 4.24 petang waktu tempatan.

 Jadi, siapakah yang bakal menjadi raja atau ratu di akaun Twitter selepas ini?

Adakah Bieber masih lagi mampu mengekalkan popularitinya melalui Twitter selepas ini?

 Atau mungkin kedua-dua bintang ini terpaksa bersaing bagi meraih pengikut lebih ramai di Twitter untuk beberapa bulan atau tahun-tahun akan datang? Jadi, sama-sama kita nantikan siapa yang bakal menjulang gelaran raja atau ratu Twitter selepas ini.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: