Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo berpesta gol

BARCELONA - Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo memanaskan badan untuk pasukan masing-masing menjelang pertembungan Barcelona dan Real Madrid pada separuh akhir Piala Raja Sepanyol dengan meledak gol ketika menentang lawan yang menduduki kelompok bawah liga, semalam.

 Selepas Ronaldo melengkapkan hatrik ke-20 dalam kariernya ketika Madrid mengalahkan Getafe 4-0, Messi melakukan jaringan yang lebih baik dengan menjaringkan empat gol ketika Barcelona membelasah Osasuna yang beraksi dengan 10 pemain 5-1.

 Messi berada pada kedudukan terbaik untuk memecah rekod sendiri dalam La Liga iaitu 50 gol semusim tahun lalu.

 Pemain itu menerajui senarai penjaring dengan 33 gol selepas 21 perlawanan, manakala Ronaldo dengan 21 gol. Barcelona mengekalkan kelebihan 15 mata dengan Madrid dan 11 mata ke atas Atletico Madrid yang kalah 0-3 kepada Athletic Bilbao.

 Madrid akan menjadi tuan rumah kepada Barcelona pada separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol esok

. "Ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Barcelona pasukan yang menakjubkan. Kami bakal kehilangan beberapa pemain utama seperti Iker Casillas, Pepe, Angel Di Maria) namun ia bukan alasan.

Ia bakal menjadi malam yang hebat," kata Ronaldo.

 Dengan kehangatan pertembungan 'clasico', wujud spekulasi Messi mungkin tidak diturunkan pada perlawanan di Camp Nou semalam.

 Namun Messi meledak dengan menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan buat kali yang keempat dalam kariernya.

 "Kami beraksi seperti biasa. Adalah penting untuk melupakan perlawanan Piala Raja Sepanyol kerana bukan mudah apabila semua orang bercakap mengenai 'clasico', " kata Messi. - AGENSI

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner




0 comments: