Listen! Listen! Listen! Kenyataan Pengerusi GAMIS Kedah

Kenyataan Pengerusi Sinergi Gerakan Mahasiswi, GAMIS KEDAH 

 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Fenomena LISTEN yang hangat dimainkan sekarang mencetuskan kemarahan dan gelombang kebangkitan dalam kalangan mahasiswa amnya dan masyarakat umumnya.

Fenomena ini rentetan daripada Forum Suara Mahasiswa yang bertajuk “Seiringkah Mahasiswa & Politik” yang telah diadakan pada 8 Disember 2012 yang lalu di Dewan Muadzzam Shah, Universiti Utara Malaysia.

 Isu yang dibangkitkan adalah hak dan kebebasan bersuara. Sahabat saya, Bawani KS dinafikan haknya untuk mengutarakan pendapat sebagai pengaju soalan.

Tindakan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang merupakan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia selaku moderator menunjukkan seolah-olah beliau tidak menghormati institusi pendidikan negara yang mendokong kebebasan akademik dalam berhujah dan berbeza pendapat.

 Dalam mana-mana diskusi mahupun forum, ahli panel dan juga audien mempunyai ruang dan hak untuk menyuarakan pandangan masing-masing, malahan ia perlu ditangani secara professional supaya keadaan menjadi tenang, bukan dengan memotong percakapan atau soalan yang diajukan dengan cara menarik pembesar suara sebelum sempat soalan habis diajukan.

Tindakan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO yang berpendidikan di depan lebih 2000 mahasiswa yang hadir dalam forum tersebut.

 Bawani KS seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Sarjana Muda Undang-Undang telah dimalukan secara terang-terangan apabila dikatakan kurang tahap pendidikan terutamanya pendidikan hormat warga yang lebih dewasa.

Hal ini jelas menjatuhkan imej seorang mahasiswa. Perlu diingat mahasiswa adalah golongan intelektual dan semakin matang dalam menelaah isu-isu politik Negara. .

 Sharifah juga bukan hanya tidak menghormati soalan yang diajukan malahan memberikan analogi yang tidak masuk akal dan tidak ada kaitan dengan soalan dan fakta yang diajukan oleh saudari Bawani.

 Justeru, saya bagi pihak Gamis Kedah yang juga selaku mahasiswa Universiti Utara Malaysia menggesa Presiden Suara Wanita 1 Malaysia Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin untuk tampil kehadapan dengan kadar segera untuk memohon maaf kepada saudari Bawani secara terbuka dan terang-terangan seperti mana beliau telah menjatuhkan imej saudari Bawani secara terbuka.

Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Saudari Bawani yang telah menunjukkan kewibawaan seorang mahasiwa dan berani mengetengahkan isu-isu politik Negara dengan tegas dan berprinsip.



 Salute to Bawani KS
WE ARE ALL BAWANI!

 NUR IZZATI BT HAMBALI, 
Pengerusi Sinergi Gerakan Mahasiswi,
GAMIS KEDAH

  Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: