Nazmi Faiz dakwa Aidil Zafuan bersekedudukan dengan bekas kekasihnya Tengku Fiella

Sekali lagi arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan gosip terhangat dari pemain bola sepak, Nazmi Faiz dengan kenyataan menerusi laman Twitternya.

 Nazmi tampil dengan beberapa siri kenyataan dengan mengatakan bekas kekasihnya, Tengku Fiella pernah mempunyai hubungan dengan Aidil Zafuan.

 Nazmi turut mendakwa yang Aidil ada memberi Tengku Fiella RM1 ribu untuk membeli belah di Johor Baharu.

 Malah, lebih mengejutkan apabila dia menulis semasa berada di Johor, Aidil dan Tengku Fiella bersekedudukan.

 Sebelum ini, Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di laman sama dengan menuduh Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis dan penipu.

 Tetapi kemudian mendakwa akaun Twitternya beliau diceroboh.

 Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun dipadam.

 Apakah ia satu lagi kes pencerobohan akaun?

Atau adakah perkara ini benar-benar berlaku?

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: