Serina Chef Wan tempelak blogger Beautifulnara dan Rotikaya di Twitter berkenaan isu penipuan

Semalam, baru saja Mynewshub melaporkan yang anak kepada tukang masak terkenal negara Chef Wan, Serina Redzuawan telah terbabit dengan insiden penipuan produk pelansingan badan.

 Hari ini, menerusi Twitternya, Serina ada menulis beberapa kenyataan mengenai isu berkenaan.

 Antara tulisannya adalah mengenai kemarahannya kepada  blog hiburan Beautifulnara dan Rotikaya.

 Ini kerana, blog berkenaan telah mengeluarkan satu artikel tentangnya tanpa membuat kaji selidik terlebih dahulu.

 Berhubung dengan artikel berkenaan, banyaklah blog-blog lain yang telah ‘copy paste’ semula.

 Jadi ramai orang yang sudah seakan-akan tidak mempercayainya lagi dan maruahnya sudah tercalar.

 Antara ayat-ayat yang telah ditulis Serina adalah seperti di bawah..
Melihat daripada kenyataan di atas jelas sekali yang Serina sudah menjadi mangsa keadaan.

 Tetapi, iyalah oleh kerana kita yang beria mahu menjual sesuatu produk itu, kita harus menyiasat terlebih dulu sebelum mahu membuat sebarang kenyataan.

 Serina, 30, kini berada di London dan bakal dijadualkan pulang kembali ke Malaysia pada 4 Januari ini.

 Tunggu saja apabila Serina pulang nanti. Diharapkan dia dapat bersemuka dengan mana-mana pihak yang sudah salah faham untuk menyelesaikan isu ini.

 Bersabarlah. Mungkin ada hikmah yang berlaku disebalik semua kejadian ini.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

4 comments: