TAHNIAH: Isteri Angkasawan Negara selamat lahirkan anak ke-2

DR SYEIKH MUSZAPHAR SHUKOR DAN ISTERI DR HALINA 

 Tahniah diucapkan kepada Angkasawan Negara iaitu Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri Datin Dr Halina yang baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua mereka pada jam 7.53 malam Sabtu 19 Januari 2013.

Kelahiran di Hospital HUKM itu dimaklumkan oleh PA Angkasawan negara yang turut menyatakan bahawa anak kedua pasangan ini adalah bayi perempuan.

 Kelahiran bayi yang awal 3 minggu dari tarikh jangkaan, sangat mengembirakan kedua pasangan ini.

Semoga kelahiran puteri baru ini dapat menceriakan keluarga ini dan semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.

Buat Dr Syeikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina tahniah lagi sekali diucapkan semoga kehadiran cahaya mata baru ini akan terus memberi sinaran kebahagiaan buat kamu seisi keluarga.

Sumber: puteraduyong.com

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: