FAM tolak permohonan PKNS-Nazmi tidak dibenarkan bermain sehingga April

Nazmi Faiz Mansor 

 PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak permohonan PKNS untuk menggunakan khidmat Mohd Nazmi Faiz Mansor lebih awal dalam saingan Liga Super.

 Penolakkan FAM berdasarkan peraturan semasa yang mengehendaki semua pasukan yang ingin mendaftarkan pemain baru perlu mematuhi tempoh perpindahan kedua iaitu April ini.

 Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, PKNS perlu menunggu tempoh pendaftaran pemain baru yang telah ditetapkan oleh badan itu.

 "Kita terpaksa menolak permohonan ini berdasarkan beberapa peraturan, antaranya pemain yang ingin didaftarkan perlu menunggu sehingga tempoh perpindahan kedua dibuka April ini," katanya ketika pada sidang media di Wisma FAM, hari ini.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: