Fizz Fairuz berbohong,saya bukan isteri orang - Azlyn Masiela

Fizz meraikan hari lahir Azlyn di Bangsar, November lalu. 

Azlyn Masiela tampil jelas kemelut hubungan, sangkal dakwaan isteri orang 

 Baru mengikat pertunangan secara rahsia pada 10 Februari lalu, pelakon Fizz Fairuz, 34, mencetuskan satu lagi kontroversi apabila membuat kenyataan ikatan pertunangan dengan Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, sudah terlerai atas alasan baru mengetahui wanita itu isteri kedua kepada seorang usahawan.

 Bukan hanya peminat terkejut, malah gadis berasal dari Kuantan, Pahang itu serta keluarganya tersentak dengan dakwaan yang disifatkan pembohongan selain tidak mengetahui motif sebenar pelakon itu berbuat demikian, sedangkan sedari awal dia mengetahui statusnya yang belum pernah berkahwin.

Sumber: Berita Harian

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: