Formula Y 2013: Hadiah keseluruhan RM80,000 jadi rebutan

Contoh jentera diubah suai daripada enjin motosikal berkapasiti 130 hingga 135cc yang akan dipertandingkan pada Kejohanan Formula Y 2013 April depan. 

KUALA LUMPUR – Peluang keemasan buat penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan institut latihan kemahiran mempraktikkan ilmu kejuruteraan mekanikal mereka dalam Kejohanan Formula Y 2013 di Ayer Keroh, Melaka pada 19 hingga 21 April depan.

 Kejohanan di Litar Sukan Motor Antarabangsa Melaka ini anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Kelab Sukan Permotoran Belia (YMC) selaku rakan pengelola mendapat pengiktirafan rasmi Persatuan Sukan Motor Malaysia (MAM) menawarkan hadiah keseluruhan RM80,000.

 Keunikan perlumbaan Formula Y ialah jentera lumbanya menggunakan enjin empat lejang melintang dan bersudut yang diubah suai daripada motosikal yang dipasang di kilang di negara ini.

 Hanya penuntut berdaftar dengan IPT tempatan yang berusia bawah 40 tahun, memiliki lesen perlumbaan MAM dan tidak pernah berlumba di peringkat profesional kebangsaan dan antarabangsa layak menyertainya.

 Mata perlumbaan dan kemenangan akan ditentukan daripada segi jumlah keseluruhan, tahan lasak, kawalan jentera, ujian masa terpantas, pecutan terpantas dan persembahan terbaik. 

Hanya RM1,000 dikenakan sebagai yuran penyertaan setiap pasukan dan setiap jentera dengan dua kategori perlumbaan dipertandingkan iaitu Y3.0 (130 cc) dan Y3.5 (135cc). Mereka yang berminat mengetahui maklumat lanjut atau menyertainya boleh menghubungi Hasnan Zakaria di talian 017-9894858/019-2604888/03-88713526 atau faks ke 03-8888 8785; e-mel ke mhasnan@kbs.gov.my[SH]


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

12 comments: