GAMBAR: Jambatan runtuh di Putrajaya

PUTRAJAYA:Sebuah jambatan menghala ke Lebuh Raya Elit dari Putrajaya yang masih belum digunakan runtuh kira-kira jam 1 petang tadi.

 Difahamkan, jambatan yang runtuh itu milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan belum digunakan untuk laluan orang ramai.

 Tinjauan di tempat kejadian juga mendapati masalah berkenaan tidak mengganggu perjalanan pengguna lalu-lintas dan tiada kecederaan serta kematian dilaporkan.
Kejadian ini berlaku di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: