Hot FM Dedahkan Luahan Terbaharu Shila Amzah

Shila mahu kekasihnya dan bapa berdamai. 

PETALING JAYA: Stesen radio Hot FM pada pagi Jumaat berjaya menyiarkan ke seluruh negara pendedahan terbaharu penyanyi Shila Amzah yang meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.

 Rakaman itu dipetik daripada laman Youtube yang dimuatnaik oleh Shila yang antara lain turut menyatakan rasa rindu terhadap ibu bapanya.

 "Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya.

 Bagaimanapun, selepas rakaman itu disiarkan kira-kira pukul 9.50 pagi, video berkenaan yang turut menampilkan Shila menyanyikan lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira dipadam dan ia tidak boleh dibuka lagi.

 Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.
Wajah Shila ketika meluahkan perasaan sedihnya di Youtube. 

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

 Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.

 Pada malam Selasa, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.

 Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.-mStar

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: