Ibu Catriona Ross antara 3 maut kemalangan bas ekspres-kereta


GERIK - Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan apabila kenderaan yang dinaiki melanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 61 Jalan Timur-Barat, di sini awal pagi tadi. 

 Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi itu, mangsa Siti Zawiyah Abd Rahman, 60, Nurimi Abd Ghani, 40, dan Sitah Abdullah, 40, dipercayai dalam perjalanan menuju Sungai Petani, Kedah.

 Allahyarham Siti Zawiyah merupakan ibu kepada pelakon Catriona Ross. 

 Pemandu kereta dipercayai suami salah seorang mangsa yang maut selamat dan dihantar oleh orang awam ke Hospital Gerik setelah mengalami kecederaan parah. 

 Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Hanafi Shafie berkata, ketiga-tiga mangsa terperosok dalam kenderaan yang terbabas di tepi longkang selepas bertembung dengan bas berkenaan. 

 "Kereta yang dinaiki mangsa dikatakan memasuki laluan bas sebelum berlanggar dan terbabas ke longkang berhampiran," katanya. 

 Berikut adalah komen Catriona Ross melalui laman facebooknya.

 "Pemergian seorang ibu tidak akan ada galang gantinya. Walaupun pemergian Allahyarham kerana nahas jalan raya tetapi arwah kelihatan seperti insan yang lena dibuai mimpi. Saya akan sentiasa merinduinya," katanya seperti dipetik dalam laman sosial Facebook miliknya pada Rabu.  
Antara status Cat di laman Facebook tentang kejadian yang menimpa ibunya. 

Catriona turut meminta semua umat Islam agar menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh ibunya itu. Dalam status Facebook miliknya itu juga Catriona turut memaklumkan jenazah ibunya dikebumikan di kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan pada Rabu.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: