INFO SIHAT: Tahukah Anda Nefrotik Sindrom?

Nefrotik sindrom boleh berlaku apabila unit penapisan buah pinggang rosak. Kerosakan ini akan menyebabkan protin yang kebiasaannya disimpan di dalam plasma, akan bocor ke dalam urin dalam jumlah yang besar. Ini akan menyebabkan kandungan protin di dalam darah anda menjadi kurang.

Fungsi protin di dalam darah ialah untuk meyimpan bendalir yang berlebihan di dalam aliran darah. Apabila jumlah protin berkurangan di dalam darah, bendalir akan masuk ke dalam tisu-tisu badan anda dan akan menyebabkan pembengkakan. Ianya dipanggil edema.

Edema akan jelas kelihatan pada kaki terutamanya bila anda berdiri dan juga di dalam tisu di bawah mata terutamanya apabila anda bangun dari tidur. Akhirnya bengkak di kaki anda akan terus di situ.

Edema juga boleh berlaku pada anggota badan anda yang lain. Anda juga mungkin akan melihat urin anda mengandungi banyak buih berbanding dari kebiasaannya. Ini disebabkan oleh kebocoran protin ke dalam urin.

 Bagaimanakah nefrotik sindrom didiagnosis? 

 Doktor dapat mengesan kehadiran protin di dalam urin anda dengan melakukan analisis urin secara rutin. Dengan melakukan analisis terhadap air kencing, doktor juga akan mendapat gambaran kasar mengenai jumlah protin yang ada di dalam urin.

Diagnosis terhadap nefrotik sindrom dibuat dengan melakukan pengumpulan air kencing selama 24 jam dan mengukur jumlah protin di dalamnya.

Nefrotik sindrom juga boleh menyebabkan peningkatan lemak di dalam darah. Dan ini hanya boleh dikenalpasti dengan melakukan ujian darah oleh doktor anda.

 Apakah penyebab nefrotik sindrom? 

 Nefrotik sindrom tidak dispesifikasikan sebagai penyakit buah pinggang tertentu. Ia boleh berlaku pada semua jenis penyakit buah pinggang yang merosakkan unit penapisan dengan cara tertentu yang menyebabkan kebocoran protin ke dalam urin.

Sesetengah penyakit yang menyebabkan nefrotik sindrom seperti nefritis, hanya menjejaskan buah pinggang.

Penyakit-penyakit lain yang menyebabkan nefrotik sindrom seperti diabetis dan juga lupus, akan memberikan kesan kepada bahagian-bahagian tubuh badan yang lain.

 Bagaimanakah nefrotik sindrom dirawat? 

 Sesetengah penyakit buah pinggang yang menyebabkan nefrotik sindrom boleh dirawat dengan ubat-ubatan. Sesetengahnya juga boleh disembuhkan dan sesetengahnya akan bertambah teruk dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Malangnya, kebanyakan penyakit yang menyebabkan nefrotik sindrom tidak mempunyai sebarang rawatan. Hanya doktor sahaja yang dapat memastikan apakah punca khusus yang menyebabkan anda mempunyai nefrotik sindrom.

Diagnosis nefrotik sindrom juga mungkin akan melibatkan prosuder biopsi buah pinggang.

 Apakah yang akan berlaku sekiranya tiada rawatan khusus untuk nefrotik sindrom saya? 

 Jika nefrotik sindrom anda disebabkan oleh penyakit yang tiada rawatan khusus, jangan bimbang, masih ada cara untuk dilakukan. Kurangkan pengambilan garam dalam diet harian. Ianya akan membantu anda untuk mengawal edema.

Doktor juga akan memberikan kepada anda ubat deuretik untuk membantu mengurangkan bengkak. Selain itu doktor juga akan menetapkan ubat-ubatan tertentu untuk mengurangkan kebocoran protin dalam air kencing anda.

Walaupun nefrotik sindrom menyebabkan kekurangan protin dalam darah, pengambilan diet yang tinggi protin tidaklah membantu, malah ianya akan memburukkan lagi keadaan.

 Dan jika kandungan lemak dalam darah terlalu tinggi, doktor mungkin akan merancang satu rawatan untuk mengurangkannya.

Sumber: buahpinggangsihat.com

p/s: Mungkinkah supplement berasaskan herba boleh membantu mengatasi masalah penyakit seperti ini?Mungkin produk AHB boleh membantu.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: