Justin Bieber kembali tagih cinta Selena Gomez

PENYANYI yang terkenal menerusi lagu Never Say Never, Justin Bieber dikatakan kembali menagih cinta bekas kekasihnya, Selena Gomez.

 Menurut sumber, Bieber telah menghadiahkan sejambak bunga buat bekas kekasihnya itu sempena Hari kekasih, 14 Februari lalu.

 "Bieber masih sayangkan Gomez. Dengan pemberian bunga itu, Bieber berharap Gomez kembali menerimanya.

 "Sehingga kini dia tak dapat lupakan Gomez dan berharap dapat meneruskan kehidupannya bersama Gomez seperti sedia kala," kata sumber.

 Bagaimanapun, Gomez kini dikatakan sedang intim dengan aktor sedang meningkat naik, Josh Hutcherson.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: