Kes Nazmi: PKNS akur keputusan FAM

PENGURUS pasukan PKNS, Azmi Adnan akur dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak keputusan pihaknya menggunakan khidmat Mohd Nazmi Faiz Mansor untuk beraksi lebih awal dalam saingan Liga Super.

 Azmi berkata, PKNS menerima keputusan FAM dengan terbuka dan mengharapkan agar proses seterusnya berjalan dengan lancar.

 "Nazmi akan turun beraksi bersama pasukan menjalani latihan seperti biasa kerana kita tidak mahu bakatnya disia-siakan.

 "Urusan pendaftaran Nazmi untuk April nanti sedang kita laksanakan dan bagi memastikan pemain itu beraksi dengan PKNS dalam saingan Liga Super," katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma FAM, hari ini.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: