KOLEKSI RESIPI: Laksa Tepung Gandum

Resepi Laksa Tepung Gandum 

 Oleh:Naimah Md Ludin
Bahan-bahan

-1 kg tepung gandum
-air dicampur sedikit garam
-minyak

 Cara-cara:

Masukkan tepung dalam mangkuk besar
Masukkan air sikit2 uli sebati (macam uli roti canai) tp jgn terlalu lembik..
Kemudian bahagi kepada beberapa ketul kecil..
Canai nipis dan sapukan minyak
Guna mesin mee dan mesin
Rebus dalam air panas yang telah menggelegak
Biar sampai masak (nak tau dah masak bila tepung yg direbus dah naik ke permukaan periuk)
Tos dan bilas...
Laksa yg dah direbus sama mcm megi yg dicelur...

Kuah laksa resepi keluarga 

1 kg ikan sardin segar (siang,bersihkan dan rebus dengan asam keping n garam)
*1 genggam cili kering (potong pendek2 dan rebus)
*7-8biji bawang besar
*1-2 inci belacan garam dan gula secukup rasa
Daun kesum
Bunga kantan (belah 2@4)
Asam keping

Ulam:timun,bawang besar,limau nipis,cili padi hiris nipis2.kalau tmbah daun selom/daun salad,pucuk janggus atau pucuk putat lg sedap.

 Cara: 

1-blend semua bahan * sampai halus.masukkan dalam periuk.masak sampai kering air (utk bagi cili betul2 masak.baru xsakit perut)
2-blend isi ikan dan masukkan dalam cili yg telah dimasak tadi bersama air rebusan ikan dan asam keping..
masak sampai mendidih.tambahkan garam dan gula(ganti ajinamoto).
Kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesom..biar lagi mendidih..kecilkan api..biar lama skit..sbb kuah laksa masak lagi lama lagi sedap....hidangkan kuah bersama laksa n ulam.

 Selamat mencuba! :)

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: