Minum Kopi-Baik untuk Kesihatan & Kecantikan

Kopi terkenal sebagai minuman popular dan digemari pelbagai bangsa di seluruh dunia.

Minuman berkafein ini bukan saja setakat membuatkan seseorang itu berasa lebih bertenaga, malah mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan.

1. Menurut Universiti Kebangsaan Seoul, Korea- Kopi mampu bertindak hampir sama seperti aspirin.

2. Lingkaran gelap, bengkak dan kemerahan pada mata akibat kekurangan air, alahan, kurang tidur atau secara genetik juga boleh dikurangkan apabila DISAPU dengan KOPI atau letakkan kantung kopi yang sudah digunakan di atas mata dan dibiarkan seketika.Ini kerana kandungan kafein dikatakan mampu memperbaiki aliran darah di bawah kulit.

3. Paling menggembirakan bagi kaum wanita adalah kopi boleh dijadikan rawatan spa yang lebih murah bagi mengurangkan selulit pada kulit.

4. Dalam kajian Universiti Sao Paulo, Brazil (2008)- Kafein mampu mengurangkan sel selulit sehingga 17% manakala kajian Universiti Persekutuan Rio de Janeiro mendapati kafein dapat mengurangkan selulit pada pinggul sehingga 70%. Ini kerana kafein bersifat diuretik dan mampu mengetatkan sel dan pembuluh darah.

5. Lulur kopi bukan saja dapat membersihkan kulit dengan membuang sel kulit mati, malah juga menjadikan kulit lebih sihat dan lembut. Ia juga mampu memperbaiki peredaran darah serta membantu memperbaiki beberapa masalah kulit. Namun begitu, aktiviti menyental tubuh menggunakan serbuk kopi perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapat kesan berpanjangan.

6. Sifat antioksidan kopi membantu menjaga dan melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas yang selalu dikaitkan dengan proses penuaan.

7.Kopi juga berkesan mengurangkan bengkak dan kemerahan pada kulit termasuk kulit yang sensitif. Ia juga mampu merangsang sel kolagen supaya menghasilkan kulit yang anjal dan gebu.

8. Bagi masyarakat Melayu sendiri terutamanya orang lama, selain sebagai bahan kecantikan, kopi juga sering digunakan untuk merawat luka dan menghentikan darah apabila serbuk kopi ditaburkan pada bahagian yang tercedera.-HMetro

p/s:Asia Herbal Biotech(AHB) memang terkenal dengan produk-produk kesihatan yang hebat dan berkesan.Salah satu produknya adalah Cordy Cafe memang terbukti seperti apa yang telah dibuat ujikaji dan analisa seperti artikel ini.Untuk dapatkan produk ini anda boleh melayari KLIK DISINI.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: