Orang Ramai Dinasihat Tidak Terpengaruh Iklan Air Jampi

YAN: Masyarakat, khususnya orang Islam, dinasihat tidak terpengaruh dengan iklan air jampi yang dijual di pasaran dan didakwa mampu memulih pelbagai penyakit.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum berkata pihaknya meminta orang yang percaya memikirkan logik air jampi mampu menyembuhkan penyakit.

 "Daripada 100 orang yang memberi testimoni, seorang sahaja yang sembuh. Jadi fikirlah logiknya," katanya ketika ditemui pada Hari Keluarga, Jualan Produk Usahawan Tani dan Barang Bekalan Ladang di Pertubuhan Peladang Kawasan F-IV, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Sungai Limau Dalam, Isnin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum (depan, kiri) mencuba kebolehannya menggoreng kuih 'Sanggun Udang' ketika hadir pada Majlis Hari Keluarga, Jualan Produk Usahawan Tani dan Barang Bekalan Ladang di Pertubuhan Peladang Kawasan F-IV, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Sungai Limau Dalam di Yan, Kedah, Isnin. -fotoBERNAMA 

Beliau mengulas fenomena air jampi yang dijual secara berleluasa di seluruh negara ketika ini.

 Jamil Khir juga berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi melakukan pemantauan berterusan penjualan air jampi terutama di farmasi, kedai ubat dan pasar malam.

 Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu penjualan air jampi di pasaran mempunyai garis panduan dan peraturan yang harus dipatuhi. - BERNAMA

p/s: Gunalah produk2 yang diluluskan KKM umpama produk Herbal Terhebat ini.Terbukti telah berjaya membantu pesakit kronik sihat dengan izin Allah

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: