PAS ada sebab untuk kekal keahlian Nasharuddin - Hj Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menjelaskan alasan PAS untuk mengekalkan Nasharudin Mat Isa sebagai ahli parti, walau menggugurkan keanggotaan bekas timbalan presiden itu dalam Majlis Syura Ulama parti itu.

 Menurutnya, PAS mempunyai alasan tersendiri dalam membuat keputusan seperti itu dan parti itu juga tidak berhak untuk menjelaskan perkara tersebut kepada umum.

 "Itu terpulang kepada penilaian kita, tak berhak kita dedah pada orang lain penilaian kita," katanya pada sidang media selepas majlis Himpunan Perdana Ummah bersama PAS tengahari tadi.

 Hadi juga menegaskan Nasharuddin masih ahli PAS dan tiada percanggahan di antara kenyataan beliau dan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini. "Semua (kenyataan itu) betul, (beliau) masih ahli.

Bercerai pun (ada yang) bercerai talak satu, talak dua dan talak tiga," katanya.

 Hadi berkata demikian apabila ditanya mengenai kekeliruan yang timbul apabila Nik Aziz mengumpamakan pengguguran Nasharudin daripada Majlis Syura sebagai penceraian.[MK]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: