Pelajari Bahasa Arab bersama Ustaz Abd Rahman

Niat yang paling utama mahu mempelajari bahasa arab adalah ingin memahami dan menghayati ayat suci Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W.

 Tetapi nak melaksanakan niat yang baik ini tidak semudah seperti belajar Alif Ba Ta. Ya! Banyak yang perlu dihadapi semasa mempelajari bahasa arab. Lebih-lebih lagi jika anda tiada asas langsung mengenai bahasa arab.

 Anggap sahaja ini adalah dugaan dan ujian daripada Tuhan Yang Maha Esa. Saya percaya jika anda berjaya melaksanakan niat baik anda untuk mempelajari bahasa arab, niat anda akan dibalas dengan nikmat yang tak terhingga sama ada di dunia atau di akhirat nanti.

 Apa yang paling penting adalah BERSABAR menghadapi segala dugaan semasa mempelajari bahasa arab. InsyaAllah anda pasti berjaya.

 Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk mempelajari bahasa arab adalah memulakan langkah pertama.

 Jadi, Apakah langkah pertama itu?

 Langkah pertama yang perlu anda mulakan ialah mencari bagaimana cara-cara mempelajari bahasa arab.

 Biar ustaz teka. Apa yang ada dalam fikiran anda ialah mencari kelas bahasa arab atau mencari buku/panduan bahasa arab. Betul tak?

 Untuk pengatahuan anda setiap langkah pertama yang anda fikirkan itu ada risikonya.

 Saya suka mendengar satu ungkapan mengenai risiko iaitu “Jangan mengambil risiko jika anda fikir tidak mampu melakukannya. Anda pasti akan rugi”.

 Apakah risiko yang perlu di ambil jika anda mengambil kelas bahasa arab atau membaca buku/panduan bahasa arab? Di bawah saya senaraikan risikonya.

  Risiko mengambil kelas bahasa arab

*Perlu korbankan banyak masa untuk ke kelas bahasa arab
*Lokasi kelas bahasa arab terlalu jauh dari rumah anda
*Memerlukan modal yang tinggi (contoh: yuran kelas, minyak kereta dan lain-lain lagi)

Risiko membaca buku/panduan bahasa arab

*Tiada tempat bertanya jika anda tidak faham sesuatu yang tertulis di dalam buku
*Anda perlu membaca banyak buku rujukan bahasa arab
*Anda akan berasa bosan kerana terlalu banyak membaca tetapi tidak faham apa yang cuba buku itu sampaikan

Ini lah risiko yang perlu anda hadapi. Saya tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan anda tetapi ini lah yang akan berlaku.

Betul, ada yang berjaya mempelajari bahasa arab selepas menghadari kelas bahasa arab atau membaca buku/panduan bahasa arab tetapi terlalu ramai yang gagal kerana mencuba cara ini.

Puncanya ialah tidak mampu menghadapi risiko ini. Jika anda fikir yang anda mampu menghadapinya, teruskan dengan cara mempelajari bahasa arab di atas.

Jika anda rasa tidak mampu, teruskan membaca. Mungkin ini jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda.

 Jadi, anda mahu mempelajari bahasa arab tetapi tidak mahu mengambil risiko yang tinggi. Bagus! Anda sudah buat keputusan yang bijak.

 Rahsia sebenar mempelajari bahasa arab dengan mudah adalah mempunyai buku/panduan bahasa arab DAN mendapat bimbingan guru bahasa arab.

 Betul! hanya dua perkara ini sahaja yang anda perlukan untuk mahir bahasa arab. Sebuah buku/panduan bahasa arab dan guru bahasa arab

 Bagaimana caranya?

 Zaman sekarang adalah zaman siber. Segala-galanya di hujung jari.

Terima kasih kepada teknologi internet. Segala urusan menjadi mudah. Ustaz telah mewujudkan sebuah website Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab.

Tujuan utama ustaz membina website ini adalah untuk membantu golongan yang mahu mempelajari bahasa arab tetapi tiada masa ke kelas bahasa arab atau mereka yang mahu mengurangkan risiko dalam mempelajari bahasa arab.

 Apa yang anda akan dapat di dalam website ustaz ialah sebuah ebook/panduan bahasa arab dan menjadi ahli forum di website beliau.

 Di forum tersebut anda dapat bertanya apa-apa soalan mengenai masalah anda dalam mempelajari bahasa arab dan mendapat bimbingan terus daripada Ustaz.

 Konsep yang digunakan adalah belajar bahasa arab secara online. Mudah dan menjimatkan. Anda boleh mempelajari bahasa arab di dalam keselesaan rumah.

 Cara ini amat sesuai untuk mengurangkan risiko dalam mempelajari bahasa arab. Hanya satu sahaja masalahnya. Anda perlukan kemudahan internet dan komputer di rumah anda. Jika anda sudah ada, bagus!

Anda boleh mulakan sekarang. Jika tiada, saya harap anda boleh dapatkan secepat yang mungkin.

 Sebenarnya semua cara-cara belajar bahasa arab ada kelebihannya dan kekurangannya. Apa yang paling penting adalah memilih cara yang anda rasa sesuai dan selesa.

 Jika anda suka cara menghadiri kelas bahasa arab, teruskan. Jika anda suka cara belajar bahasa arab melalui buku, boleh juga.

Jika anda mahu belajar bahasa arab secara online, mungkin ia sesuai untuk anda. Belajar bahasa arab secara online hanyalah sekadar pendapat.

Ia dapat memberikan kebebasan masa pada anda dan yang paling penting anda rasa selesa dengannya.

 Jika anda berminat mempelajari bahasa arab secara online bersama Ustaz, anda boleh ke website ustaz.

  http://www.belajarbahasaarab.com


Pesanan: Memulakan langkah pertama mempelajari bahasa arab sangat penting.

Ini akan menentukan anda sama ada anda berjaya atau gagal dalam mempelajari bahasa arab. Segalanya bermula disini!..

  Oleh: Ustaz Abd Rahman bin Jamaan

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: