TAHNIAH:Liyana Jasmay kini sah milik Fathuddin Mazlan

Liyana kini sah bergelar isteri Fathuddin. - Foto ihsan Facebook Liyana 

 PELAKON 3 Janji, Liyana Jasmay selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Fathuddin Mazlan dengan dua kali lafaz pada jam 10.30 pagi tadi.

 Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Liyana, Datuk Jasmay Md Shah.
Bapa Liyana menikahkan Liyana dan Fathuddin. - Foto ihsan Facebook Liyana 

 Liyana menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas dengan wang hantaran RM28,388.

 Pelakon berusia 24 tahun ini mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Fathuddin, 28, Mac lalu.

 Majlis berlangsung dengan meriah di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, pagi ini. Liyana dan Fathuddin akan bersanding malam ini.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: