Datuk Yusuf Haslam bakal terbitkan kisah pencerobohan Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Penerbit “Gerak Khas”, Datuk Yusuf Haslam yang berpengalaman mengangkat martabat anggota Polis Diraja Malaysia, bercadang untuk menerbitkan kisah pencerobohan di Lahad Datu.

 Beliau sebelum ini pernah menjalankan penggambaran di Lahad Datu yakin syarikatnya Skop Production mampu menerbitkan drama khas itu.

 Bagaimanapun, penerbitan drama khusus “Lahad Datu” hanya boleh direalisasikan dengan persetujuan pihak berkuasa katanya.

 Skop Productions tidak asing dengan drama bersiri bercirikan kepolisan seperti “Gerak Khas” dan "Roda-Roda Kuala Lumpur”.

 Sementara itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang gugur di Lahad Datu.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: