INFO SIHAT: Apakah Jangkitan Pundi Kencing?

Jangkitan pundi kencing biasanya dikenali sebagai cystitis atau keradangan pada pundi kencing.

Jangkitan pundi kencing kebiasaannya berlaku pada golongan wanita dan ianya jarang berlaku kepada golongan lelaki.

 Berdasarkan kajian, kira-kira 20% dari semua wanita sekurang-kurangnya akan mendapat sekali jangkitan seumur hidup mereka.

Walaubagaimanapun, risiko golongan lelaki untuk mendapat cystitis ini juga boleh meningkat apabila meningkatnya umur mereka hingga ke satu tahap berlakunya peningkatan saiz prostat.

 Hingga ke hari ini doktor masih belum bertemu jawapan yang tepat mengapa golongan wanita lebih berisiko mendapat jangkitan pundi kencing berbanding lelaki.

Kesimpulannya, mereka beranggapan bahawa ia kemungkinan disebabkan wanita mempunyai urethra yang pendek. Urethra ialah satu saluran yang membawa air kencing keluar dari pundi kencing.

Laluan yang singkat ini, iaitu lebih kurang satu inci setengah, menyebabkan bakteria mudah untuk masuk semula ke dalam pundi kencing. Kebiasaannya, jangkitan pundi kencing tidaklah serius jika ianya dirawat dengan segera.

Tetapi bagi sesetengah individu, jangkitan ini boleh kembali berulang. Walaupun jarang berlaku, jika jangkitan pundi kencing kerapkali berulang, ini akan menyebabkan berlaku pula jangkitan pada buah pinggang.

Pada tahap yang lebih serius, ianya juga boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada buah pinggang.

 Jadi sangat penting untuk merawat punca yang menyebabkan berlakunya jangkitan pundi kencing.

 Dengan merawat puncanya, ia merupakan langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan daripada kembali berulang.

 Bagi golongan orang tua pula, jangkitan pundi kencing adalah sukar untuk didiagnosis. Ini kerana gejala-gejalanya adalah kurang khusus dan sering dianggap sebagai faktor usia.

 Jadi bagi golongan ini, perhatikan jika kerap berlakunya kencing secara tiba-tiba, atau tindakannya agak lembap dan sering keliru, maka harus dibuat pemeriksaan oleh doktor untuk melihat apakah berlakunya jangkitan pundi kencing.

 Sumber: MedicineNet.com: What are bladder infections? 

 Credit: buahpinggangsihat.com
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: