Rabu, 13 Mac 2013

Jadual Tangga Gaji Baru (SST) PDRM Dan ATM 2013

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru mengumumkan kenaikan gred gaji bagi mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan PDRM dan ATM untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam sistem saraan baru yang digelar Sistem Saraan Transformatif (SST) yang akan meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan bersetuju pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia diseragamkan jawatan atau gred gaji. Ianya mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.
Gred tangga gaji SST baru Polis PDRM
Gred tangga gaji SST baru Tentera ATM 

 Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam.

Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am.

Bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44.

 Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.

 Penyelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2013 dan melibatkan 102,434 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 131,904 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala bagi penjawat awam lain dimana kenaikan gaji antara RM80 dan RM320 sebulan akan bermula pada 1 Julai.

 Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

2 comments:

U Follow I Follow

Google+ Followers

Berita menarik terkini



get this