Kereta Koenigsegg bernilai RM4.96j ditempah oleh pengumpul kereta dari Malaysia

KERETA sport model baharu Koenigsegg Agera SHundra yang berharga RM4.96 juta dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Geneva Kali Ke-83 di Geneva kelmarin. 

 GENEVA, Switzerland - Sebuah kereta sport model terbaharu Koenigsegg Agera SHundra yang berharga AS$1.6 juta (RM4.96 juta) telah ditempah oleh seorang pengumpul kereta di Malaysia, lapor portal kereta WorldCarFans.com semalam.

 Model kereta itu telah dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Geneva Kali Ke-83 di sini sejak Selasa lalu.

 Reka bentuk kereta itu dihasilkan oleh seorang artis dari Itali.

 Kereta tersebut dilengkapi dengan rim gentian karbon.

 Pengeluaran kereta tersebut dibuat bagi meraikan pengeluaran kereta dari Sweden itu yang ke-100.

 Ia menggunakan enjin V8 5.0 liter dengan 1,040 kuasa kuda. Badan kereta berkenaan mengandungi jalur emas 24 karat. - Agensi

 Sumber:Kosmo

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: