Nazirul Naim ke FC Ryukyu Jepun bersama Wan Zack Haikal

Pemain bek kiri Harimau Muda, Nazirul Naim bakal akan bersama pemain harapan Malaysia Wan Zack Haikal menyertai kelab Liga Jepun Divisyen 3, FC Ryukyu. 

 Walaupun sebelum ini Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal telah menjalani ujian di Jepun bersama kelab tersebut, namun pihak FC Ryukyu yang berada di Malaysia dua hari lepas telah membuat keputusan untuk mengambil pemain pertahanan, Nazirul Naim ke Ryukyu.

Menurut mereka, kelab Ryukyu kini telah mempunyai dua pemain bagi setiap posisi kecuali pertahanan dan jika Wan Zaharulnizam disertakan, kemungkinan besar dia tidak akan mendapat peluang yang lebih untuk beraksi berbanding Wan Zack.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee hari ini mengumumkan bahawa Nazirul Naim bakal mengikut serta Wan Zack ke Jepun setelah FC Ryukyu menyatakan hasrat untuk menandatangani pemain itu.

 BACA: Wan Zack Haikal sah sertai FC Ryukyu Jepun

 Walaubagaimanapun, perjanjian itu hanya 90% selesai kerana kini pihak FAM sedang menunggu persetujuan dari Ryukyu tentang syarat dan klausa kontrak dan jika semuanya berjalan lancar, kedua-dua pemain tersebut akan mengikat kontrak selama dua tahun bersama FC Ryukyu.

"Keputusan yang kami buat adalah berdasarkan siapa yang akan mempunyai peluang yang lebih untuk beraksi. Kami mahu mereka beraksi dalam perlawanan dan bukan hanya menjadi pemain simpanan," kata Kim Swee.

"Ryukyu hanya mempunya seorang bek kiri dan selepas menyaksikan Nazirul di sesi latihan dan rakaman video, Ryukyu telah membuat keputusan untuk mendapatkannya.

" Antara butiran klausa kontrak yang harus dipersetujui oleh Ryukyu adalah kedua-dua pemain mesti dilepaskan untuk Sukan SEA pada bulan Disember dan pasukan kebangsaan semasa kalendar kebangsaan FIFA.

"Kami juga menyertakan dalam klausa yang menyatakan bahawa jika terdapat sebarang tawaran dari pasukan Liga Malaysia, Ryukyu mesti rujuk kepada FAM terlebih dahulu.

"Walaubagaimanapun, jika terdapat pasukan luar negara yang di tahap yang lebih tinggi inginkan Zack atau Nazirul, itu terpulang kepada Ryukyu untuk membuat keputusan," tambahnya lagi.[FOX Sports]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: