OPS SULU: Ketua Pengganas Sulu, Raja Azzumudie serta 20 pengikut dilaporkan terbunuh

Ketua pengganas yang membunuh tujuh anggota polis iaitu Raja Muda Raja Azzumudie telah terbunuh dalam serangan udara pagi tadi.

 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal hari ini.

 “Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota keselamatan). “Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi,” katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu hari ini.

 Tinjauan Bernama di pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16 tengah hari ini mendapati beberapa ambulans bergerak di sekitar kawasan itu.

 Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo.

 Sumber:wowberita.org 

 Terkini:

Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.

 Sumber Utusan Online memberitahu, operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas.-Utusan Online


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: