Perkembangan hari ke 9 Ops Daulat

KUALA LUMPUR: Hari ke sembilan Ops Daulat menyaksikan penemuan dua lagi mayat penceroboh Sulu yang terlibat dalam pertempuran yang berlangsung semalam.

Berikut adalah peristiwa yang berlaku pada hari ini:- 

 - Jenazah Koperal Ahmad Hurairah Ismail yang terbunuh dalam pertempuran dengan pengganas semasa Ops Daulat di Lahad Datu semalam selamat dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas tengahari tadi.

 - Jenazah Koperal Ahmad Farhan Ruslan yang terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas menguruskan logistik untuk anggota keselamatan yang terlibat dalam Ops Daulat juga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pasir Tumbuh.

 - Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dua anggota tentera yang terkorban itu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh.

 - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Ahmad Farhan bukanlah pemandu trak yang terlibat dalam kemalangan, tetapi penumpang. Sebelum ini laporan media mengatakan beliau adalah pemandu trak itu.

 - Hamza juga percaya ketua kumpulan penceroboh militan Agbimuddin Kiram masih terkepung di kawasan operasi.

 - Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata dua lagi mayat pengganas Sulu yang bertempur dengan pasukan keselamatan di Sungai Nyamuk di Tanjung Batu semalam ditemui hari ini. Beliau berkata turut ditemui di kawasan itu ialah selaras senapang jenis M1 Garand dan sepucuk pistol Colt.45. 

- Selain itu juga, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membawa masuk beberapa aset-aset pertahanan mereka dalam mengukuhkan pertahanan di kawasan yang terlibat termasuk helikopter dari Pasukan Udara Tentera Darat dan 12 kereta perisai (Armoured Personnel Carrier).

 - Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menggembleng guna tenaga semua keanggotaannya dalam pasukan itu untuk ditambahkan lagi dalam usaha Operasi Daulat.

 - Ismail berkata beliau telah mengarahkan Pesuruhjaya Polis Sabah dan setiap ketua polis daerah di Sabah untuk menambahkan lagi kehadiran polis terutama di kawasan operasi.

 - Beliau juga berkata kawalan polis di kawasan kawalan pesisiran pantai dan lokasi tertentu di daerah Lahad Datu hingga ke kawasan operasi akan dipertingkat dimana kita berkehendakan lokasi-lokasi strategik dapat ditumpukan.

 - Ismail berkata guna tenaga polis ini tidak hanya tertumpu kepada anggota polis dari penugasan tugas-tugas am sahaja malah ianya akan merangkumi anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Narkotik dan juga Logistik.

 - Dalam perkembangan berkaitan, Ismail menjelaskan seorang remaja berumur 12 tahun yang ditembak oleh pihak keselamatan di sebuah belukar di Tanjung Batu tempoh hari mempunyai pertalian dengan salah seorang lelaki yang ditahan beramai-ramai di sekitar kawasan itu.

 - Manakala, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya sudah bersiap sedia untuk menerima lebih banyak mayat pengganas di Hospital Lahad Datu untuk ditempatkan bagi tujuan siasatan forensik sebelum dikebumikan.

 - Liow berkata, pihaknya sudah menyediakan empat kontena untuk menempatkan mayat-mayat berkenaan.

 - Ketua kumpulan penceroboh, Jamalul Kiram III pada Rabu telah menolak kemungkinan pengikutnya akan meninggalkan Sabah tidak lama lagi.

  Credit
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: