PM Umum BR1M Jadi Inisiatif Tahunan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di Auditorium Angkasapuri, malam Selasa. Beliau berkata fasa pertama Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang melabuhkan tirainya tahun lepas mencatat pencapaian dan kejayaan nyata bagi kesemua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat. -fotoBERNAMA 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan dan dijadikan sebagai inisiatif tahunan.

Beliau berkata BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 merupakan satu daripada contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat, yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah.

"Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri yang disiarkan secara langsung di sini malam Selasa.

Najib berkata justeru, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memilih kerajaan yang transformatif dan janganlah memilih kerajaan yang memusnah serta meruntuhkan masa depan rakyat.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: