Siti Nurhaliza bakal berduet dengan Babyface di Grand Prix F1 2013

KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza bakal berkongsi pentas bersama penyanyi antarabangsa popular, Babyface pada majlis amal sempena Grand Prix Formula One 2013.

 Acara itu juga bertujuan untuk mengutip dana bagi Yayasan Institut Jantung Negara dan akan berlangsung pada 21 Mac ini.

 Babyface yang popular dengan lagu “Everytime I Close My Eyes” secara dasarnya telah bersetuju untuk berpadu suara bersama Siti. 

Bagaimanapun, judul lagu masih belum lagi ditentukan kedua-dua pihak.

 “Sapura Kencana Petroleum Malaysia Grand Prix Charity Gala 2013” bakal berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: