Akhbar Harakah bakal disaman Umno?

Umno hari ini menghantar surat tuntutan kepada Harakahdaily agar memohon maaf berhubung isu penyebaran klip video dan foto seks yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi Pas.

 Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu mendakwa Harakahdaily memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat'.

 Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita yang disiarkan kelmarin mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.

 "Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anak guam kami," kata surat itu yang dipetik Harakahdaily, hari ini.

 Menurut surat yang ditandatangani peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun itu, kenyataan Mustafa bermaksud "anak guam kami merancang video lucah tersebut" dan "anak guam kami kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah dan lain-lain tafsiran lagi."

 Sehubungan itu, beliau berkata, Umno menuntut lima perkara untuk dilakukan Harakahdaily iaitu berhenti membuat fitnah berkenaan, mohon maaf, menarik balik, aku janji untuk tidak menyiarnya lagi atau membayar ganti rugi kerana kerosakan reputasi.

 Surat itu juga mengugut, jika tidak berbuat perkara di atas, satu perintah injunksi akan dipohon untuk menghalang penyebaran dakwaan itu.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: